Kesantunan Bahasa Maksud bagi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Pendapat-pendapat para tokoh tempatan dan dunia tentang definisi kesantunan: Menurut: A smah Haji Omar (2000:88): “ Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahsa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan, dan rasa tersinggung dari pihak pendengar. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan ...