Kesantunan Bahasa
Maksud bagi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
Pendapat-pendapat para tokoh tempatan dan dunia tentang definisi kesantunan:
Menurut:Asmah Haji Omar (2000:88): “ Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahsa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan, dan rasa tersinggung dari pihak pendengar.
Cara sapaan lisan/bertulis
menurut bahasa Melayu
dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab
atau tidak berbudi bahasa.Kehalusan budi bahasa dalam
memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika
menggunakan bahasa.Dalam kesantunan
berbahasa, bahasa Melayu
mempunyai sistem sapaan
dan panggilan yang
tersendiri.Sistem sapaan dan
panggilan ini melibatkan
penggabungan gelaran,
rujukan hormat dan ganti
nama.
Kesantunan berbahasa
mempunyai ciri-ciri yang
tertentu. Penggunaan kosa
kata dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai
dengan kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban
hubungan.
Kesantunan Berbahasa
Merangkumi:
Pemilihan kata: Sesuai dengan
– Situasi
– Topik perbincangan
– Hubungan penutur-pendengar (tidak bahasa mesra)
Nada : rendah / lembut
Gerak laku: lemah lembut
Gaya dan ragam: tidak mengejek,
menyindir, perli atau menempelak.Kesantunan berbahasa juga
dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di
dalamnya ialah laras bahasa
istana. Antara ungkapan
berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram,
bersemayam, junjung kasih,
bercemar duli dan sebagainya.
Kata dan ungkapan
bertatasusila banyak
digunakan dalam keadaan
biasa. Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung
kepada kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban
hubungan.
Lihat contoh berikut:
Pak
Digunakan untuk orang lelaki yang
sama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak
Digunakan untuk orang perempuan
yang kira-kira sebaya dengan emak
kendiri.
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau
perempuan yang kira-kira sebaya
dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang
lebih tua daripada kendiri dan juga
tidak setua ayah kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan
yang lebih tua daripada kendiri dan
tidak setua emak kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau
perempuan yang lebih muda
daripada kendiri.
Gelaran Pak atau Mak ketika
berkomunikasi ditambah
dengan Cik, menjadi Mak Cik
atau Pak Cik.
Jenama kekeluargaan
terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan
pertalian darah (Pak Long,
Mak Long, Pak Ngah, Mak
Ngah, Pak Lang, Mak Lang,
Pak Njang, Mak Njang, Pak
Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Jenama kekeluargaan ikatan
perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mertua
dan ipar. (Pak Mertua, Mak Mertua
dan Tok Mentua). Ipar digunakan
untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam
keluarga suami atau isteri selain
menantu dan mertua. Contoh: abang
ipar, kak ipar, adik ipar mak long
ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
Kata ganti diri dan
sapaan dalam keluarga:
Keluarga Diraja
• Patik
• Tuanku
• Baginda
Keluarga rakyat biasa
•Sedarah
(ayah, emak, abang,
kakak, adik,along dll)
•Semenda.
KATA GANTI DIRI & SAPAAN
BERDASARKAN UMUR
Kakak
Tok
Mak cik
Saudara
Saudari
Nama..
Gelaran pergaulan Formal
Tuan Orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan yang bergelar Haji,
Doktor, dan Profesor
Puan Perempuan yang sudah bersuami
Belum kahwin tetapi memegang jawatan Guru Besar / Pengerusi
Gelaran Wariasan
Gelaran yang diwarisi sejak kelahirannya:Tengku / Engku
Megat
Tuan Syed
Wan
Nik
Abang
Awang Dayangku
Gelaran Kurniaan kerajaan:Dianugerahkan oleh
Kerajaan kerana berjasa
Tun
Toh Puan
Tan Sri
Datuk Sri
Datin Sri
Datuk
Datuk Paduka
Gelaran keagamaan
Haji & Hajah
Imam, Lebai & Bilal
Orang yang telah
menunaikan
Fardhu Haji
Petugas di masjid.
Gelaran kurniaan Ikhtisas:Gelaran yang diperoleh kerana
kejayaan dalam bidang ikhtisas
atau akademik
Profesor, doktor, cikgu,
ustazah, ustaz dsb.
Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor),
Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku (Kelantan,
Pahang, Kedah, Terengganu).
Penutup
Budaya Melayu terkenal dengan penggunaan bahasa yang santun yang tinggi di kalangan penutup bahasa Melayu.Golongan yang lebih tua dan golongan yang rendah menghormati golongan yang lebih tua atau berkedudukan tinggi juga menghormaati golongan yang muda atau yang lebih rendah. Rasa hormat ini tidak sahaja diterbitkan melalui penggunaan kata sapaan,kata panggilan atau gelaran, malahan ungkapan tertentu juga dapat mencerminkan penggunaan bahasa yang halus dan sopan.
http://komunikasi-dlm-islam.blogspot.com/2016/07/kesantunan-bahasa.html
Nama ahli kumpulan
1-Nama Fareesah maka nombor matrik6161102002
2-Nama Sumaiyah Tohleng nombor matrik6161102008
3-Nama Abdulhakim Salea nombor matrik6161102010
4-Nama Musleehah Binseng nombor matrik6161102020
Nama ahli kumpulan
1-Nama Fareesah maka nombor matrik6161102002
2-Nama Sumaiyah Tohleng nombor matrik6161102008
3-Nama Abdulhakim Salea nombor matrik6161102010
4-Nama Musleehah Binseng nombor matrik6161102020
ความคิดเห็น
แสดงความคิดเห็น